'Ada pihak batal ceramah selepas tahu saya hidap kanser'
Iklan
Mohamed Hanafiah ketika menjadi tetamu undangan Program Bersama Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf. Foto Sinar Harian / MOHD HALIM ABDUL WAHID.
SHAH ALAM - Pendakwah bebas, Mohamed Hanafiah Abdul Malek mendedahkan ada pihak tertentu membatalkan ceramah-ceramahnya sejurus selepas mereka mengetahui dirinya menghidap kanser limfoma.
Mohamed Hanafiah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Hanafi berkata, ini disebabkan mereka khuatir dirinya tidak dapat menjayakan program yang dianjurkan.