Peniaga kereta terpakai tertekan
Iklan
Khairil Anwar memeriksa kereta terpakai yang mahu dijual ketika tinjauan Sinar Harian di kedainya di Cheras, Kuala Lumpur. Gambar kecil dari kiri: MOHD KHAIRI, MOHD NURULL HAQ
KUALA LUMPUR - Harga kereta terpakai di negara ini didapati semakin mahal menyebabkan jualan kenderaan tersebut mengalami penurunan sehingga 60 peratus.
Berdasarkan tinjauan Sinar Harian, penjual kereta terpakai sukar untuk meletakkan harga lebih rendah kerana industri tersebut sebenarnya dikawal oleh ‘orang tengah’.