Sangat merugikan...
Iklan
Laporan muka depan Sinar Harian pada Isnin. Gambar kecil: Tan Kok Liang
SHAH ALAM - Suatu kerugian jika kawasan tarikan dan tempat pelancongan yang dahulunya popular kini terbiar tanpa diuruskan dengan baik.
Presiden Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Datuk Tan Kok Liang berkata, faktor kawasan pelancongan menjadi sepi dan tidak ‘hidup’ disebabkan kekurangan permintaan, selain peranan pemain industri itu sendiri yang tidak mempunyai usaha menaik taraf kemudahan serta mempromosikan kawasan tersebut.