Mahkamah Persekutuan boleh buat keputusan
Iklan
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada 8 Disember 2021 sebulat suara mengekalkan sabitan salah atas tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd selepas menolak rayuan Najib.
SHAH ALAM - Mahkamah Persekutuan masih boleh membuat keputusan meskipun terdapat satu pihak tidak memberi hujahan ketika pendengaran kes.
Peguambela & Peguamcara, Ahmad Shamil Azad Abdul Hamid berkata, Mahkamah Persekutuan akan mengambil kira kesemua hujahan daripada kedua pihak dan sekiranya satu pihak tidak memberi hujahan maka mahkamah masih boleh teruskan untuk membuat keputusan.