Skandal LCS ancam negara
Iklan
Media dibawa meninjau perkembangan pembinaan LCS 1 pada Sabtu.
ADA pihak yang sudah mentakrifkan kelewatan menyiapkan pembinaan lima buah kapal tempur pesisir atau dalam bahasa Inggeris littoral combat ship (LCS) sebagai skandal.
Skandal adalah daripada bahasa Inggeris scandal yang ditakrifkan sebagai tindakan atau kejadian yang salah di segi moral atau undang-undang yang mencetuskan kemarahan orang ramai.