Keluhan penduduk bandar
Iklan
Selain harga makanan yang mahal, warga kota juga terpaksa menanggung kos utiliti dan pengangkutan. (Gambar kecil dari kiri: Muhammad Fikri Ramlan, Muhammad Bukhari Nordin)
SHAH ALAM - Kenaikan harga barangan terutama bahan mentah terus menekan golongan menetap di bandar yang bukan sahaja perlu menanggung kos makanan malah menyelesaikan sewa rumah dan pengangkutan.
Rata-rata pengguna yang ditemui memberitahu setakat ini tiada penurunan harga ketika membeli barang mentah sebaliknya harga makanan di kedai makan dan restoran terus meningkat.