[VIDEO] OPR naik: B40 ada pinjaman rumah, peribadi bakal terbeban
Iklan
Ahmed Razman ketika program Sinar Live bertajuk ‘OPR naik: Sejauh mana bebankan rakyat’ yang disiarkan secara langsung di platform digital Sinar Harian pada Khamis.
SHAH ALAM - Kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) yang menyumbang peningkatan terhadap kadar faedah pinjaman bank di dalam negara sememangnya bakal memberikan kesan khususnya terhadap kumpulan B40 yang mempunyai pelbagai komitmen pinjaman.
Penganalisis Ekonomi dari Putra Business School, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, perkembangan itu dilihat akan membebankan individu atau isi rumah yang mempunyai pinjaman perumahan dan peribadi.