Mujahid teruja nak lihat laporan TH keluar
Iklan
Mujahid ketika menjadi tetamu jemputan pada program Bersama Johan Jaafar di Kompleks Karangkraf, pada Rabu. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa memberitahu bahawa pihaknya sudah pun selesai memberikan keterangan berhubung isu Tabung Haji (TH).
Jelasnya, keseluruhan rumusan laporan itu juga sepatutnya sudah siap Jun lalu, namun terpulang kepada jawatankuasa siasatan sama ada mahu mendedahkannya kepada umum ataupun tidak.