‘Maaf, ubat antiviral tiada stok’
Iklan
Majoriti farmasi bukan sahaja kehabisan ubat antiviral, malah ubat-ubatan lain terjejas sepanjang tempoh ini.
SHAH ALAM - Impak jangkitan influenza kini menjadikan ubat antiviral atau ubat-ubatan lain laris bagaikan pisang goreng panas dan kehabisan stok.
Berdasarkan hasil tinjauan di farmasi sekitar Shah Alam di sini, kebanyakan farmasi bukan sahaja kehabisan ubat antiviral daripada pembekal, malah bekalan ubat lain turut tergendala kesan musim penyakit ketika ini.