Tidak perlu salahkan taska
Iklan
Kanak-kanak antara yang paling mudah terdedah dengan jangkitan influenza. - Gambar hiasan
SHAH ALAM - Timbul beberapa dakwaan bahawa peningkatan kes jangkitan influenza dalam kalangan kanak-kanak bermula dari sekolah dan taman asuhan kanak-kanak (taska).
Presiden Persatuan Taska Negeri Selangor (PTNS), Mahanom Basri berpandangan bahawa tidak wajar sekiranya ada pihak yang menyalahkan taska semata-mata kerana majoriti taman asuhan tersebut sudah melakukan pemeriksaan kesihatan dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang teliti.