Covid-19, influenza serupa tapi tak sama
Iklan
Gambaran virus influenza jenis A yang boleh menyebabkan wabak penyakit. (Gambar kecil: Dr Intan Juliana)
SHAH ALAM - Jangkitan influenza yang mempunyai gejala seolah-olah Covid-19 telah menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat sehingga menyebabkan ramai tidak tahu membezakan kedua-dua wabak yang boleh membawa maut itu.
Pakar Perunding Kanan Imunologi Klinikal dan Alergi (Kanak-kanak & Dewasa) serta Pakar Perunding Pediatrik, Pantai Hospital Kuala Lumpur, Dr Amir Hamzah Abdul Latif berkata, influenza dan Covid-19 adalah penyakit pernafasan berjangkit tetapi disebabkan oleh virus berbeza.