Sudah tiba masa wujud universiti lepasan pondok, tahfiz
Iklan
Muzaihar Kamal dalam program Wacana Sinar Edisi ke-360 bertajuk ‘Pondok Bukan Sarang Ekstremis’ yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Selasa. - Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR
SHAH ALAM - Sudah tiba masa negara menyediakan sebuah institut pengajian tinggi khusus untuk pelajar sekolah tahfiz dan pondok.
Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Rabitah Institusi Pendidikan Islam Terengganu (Rabitah), Muzaihar Kamal Mustafa Kamal berkata, ia berikutan jumlah kemasukan pelajar sekolah tahfiz dan pondok semakin meningkat berbanding dahulu.