Guna sistem pondok banteras pengganas, ekstremis
Iklan
Wan Ji ketika program Wacana Edisi ke-360 dengan tajuk ‘Pondok Bukan Sarang Ekstremis’ yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Selasa. - Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR
SHAH ALAM - Pendakwah, Wan Ji Wan Hussin mencadangkan penggunaan sistem pendidikan di pondok sebagai usaha membanteras golongan pengganas dan ekstremis di negara ini.
Wan Ji berkata, ini kerana golongan berkenaan selalunya dikaitkan dengan sikap bersangka buruk terhadap orang lain yang akhirnya mewujudkan personaliti membenci sesuatu kaum.