Apa nasib KD Mat Kilau?
Iklan
(Gambar kecil: Zaki) Kapal keenam dinamakan sebagai KD Mat Kilau sempena pahlawan Melayu Pahang. - Foto Ships Hub
SHAH ALAM - Kesemua kapal tempur pesisir (LCS) yang kini sedang menjadi kontroversi telah diberikan nama pahlawan-pahlawan Melayu.
Ironinya, kapal keenam dalam perancangan projek yang bernilai RM9.128 bilion itu telah dinamakan sebagai KD Mat Kilau sempena pahlawan Melayu Pahang yang kebetulan pada ketika ini popular dalam kalangan masyarakat menerusi filem Mat Kilau - Kebangkitan Pahlawan.