Universiti hadapi kekangan dana
Iklan
Laporan muka depan Sinar Harian pada Isnin. Gambar kecil kanan: Wan Nurhayati
SHAH ALAM - Kekurangan dana menjadi antara kekangan dihadapi pihak universiti untuk mengkomersialkan produk inovasi ke pasaran.
Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman berkata, dana yang diberikan kerajaan kepada universiti adalah bertujuan menjalankan aktiviti penyelidikan dan penerbitan.