‘Hanya undang kemurkaan Agong’
Iklan
Terdapat ura-ura ahli Parlimen PN sedang mempertimbangkan keputusan menarik sokongan terhadap Ismail Sabri sekiranya jawatan TPM tidak diserahkan kepada pemimpin Bersatu- Nazri
SHAH ALAM - Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengingatkan pucuk kepimpinan Perikatan Nasional (PN) agar tidak melakukan sebarang tindakan 'semberono' yang akhirnya menyebabkan Parlimen terbubar dalam masa terdekat.
Jelas bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu, beliau ada mendengar ura-ura kononnya ahli-ahli Parlimen PN sedang mempertimbangkan keputusan menarik sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekiranya jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) tidak diserahkan kepada pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).