Birokrasi halang kemajuan tani
Iklan
Dari lebih 10 kawasan penanaman padi utama di Malaysia, hanya satu iaitu Sekinchan, Selangor lengkap dengan sistem perparitan tertinggi (tertiary irrigation). Gambar hiasan.
KITA terlalu bergantung dengan makanan import untuk kegunaan manusia dan haiwan. Sebelum kita dapat makan sebiji telur atau daging, kita terpaksa mengimport bahan makanan untuk haiwan tersebut.
Kita tidak mengeluarkan bahan-bahan itu dengan mencukupi, jadi tidak hairanlah harga telur, ayam dan daging tempatan mahal, malah lebih mahal daripada bahan sama yang diimport.