Masa depan pelajar cerah
Iklan
Faiz ketika wawancara eksklusif bersama Sinar Harian pada Jumaat.
MyPAC sudah lahirkan 1,000 lulusan akauntan profesional sejak tahun 2015
SHAH ALAM - Pusat Perakaunan Profesional Malaysia (MyPAC) melahirkan kira-kira 1,000 pelajar berkelulusan sijil perakaunan profesional Associated of Chartered Certified Accountants (ACCA) sejak tahun 2015.
Pengerusi MyPAC, Datuk Faiz Azmi berkata, daripada jumlah itu, seramai 40 pelajar merupakan pemenang hadiah global ACCA, sekali gus membuktikan graduan mempunyai masa depan cerah di peringkat antarabangsa.