Batalkan sahaja projek LCS
Iklan
Hingga kini tiada satu pun LCS yang disiapkan dan diserah kepada TLDM, walaupun perjanjian kontrak menggariskan dua kapal pertama patut diserahkan pada April 2019. - Gambar Hiasan (Gambar kecil: Ang Peng)
MACVA lahirkan kebimbangan kerajaan akan terus tanggung rugi berbilion ringgit
SHAH ALAM - Kerajaan telah membayar berbilion ringgit untuk projek kapal tempur pesisir pantai (LCS), tetapi tiada satu pun yang disiapkan sehingga kini!
Itulah ketirisan dan kegagalan projek mega yang menimbulkan kemarahan dalam kalangan rakyat Malaysia.