Apabila tanggapan mengaburi realiti
Iklan
Perkataan tanggapan adalah merujuk kepada apa yang diterima oleh pancaindera, bayangan di dalam hati dan dinilai dengan pelbagai tafsiran serta kekeliruan. - Foto 123rf
SESUNGGUHNYA berfikir itu payah, kerana itulah ramai suka membuat tanggapan. Sekiranya kita berfikir, sudah tentu kita tidak bersandarkan kepada tanggapan semata-mata dalam membuat sesuatu pertimbangan, penilaian dan keputusan.
Pun begitu, setiap tanggapan menjadi taruhan utama kerana berasaskan kewajaran melihat dan mendengar sendiri, disampaikan oleh orang dipercayai serta ramai bercakap hal itu, sedangkan hal tersebut masih berstatus tanggapan.