China tayang kekuatan tentera
Iklan
Paparan tangkap layar jet pejuang China mengambil bahagian dalam latihan ketenteraan berhampiran Taiwan yang dimuat naik dalam akaun WeeChat Tentera Pembebasan Rakyat (PLA).
CHINA menjalankan latihan ketenteraan terbesar mengelilingi Taiwan pada Khamis sehari selepas Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), Nancy Pelosi menamatkan lawatan singkat tetapi penuh kontroversi ke Taipei.
Latihan ketenteraan selama lima hari itu yang dianggap ‘perlu dan adil’ oleh Beijing diadakan di beberapa laluan air paling sibuk di dunia.