Pelosi naikkan kemarahan China
Iklan
Lawatan Pelosi (kiri) ke Taiwan dengan menemui Tsai Ing-wen mencetuskan kemarahan China. - Foto AFP
SPEAKER Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), Nancy Pelosi akhirnya membuat lawatan ke Taiwan pada malam Selasa lalu menjadikannya tokoh politik berprofil tinggi AS berbuat demikian dalam tempoh 25 tahun walaupun kunjungan itu mendapat tentangan daripada kerajaan komunis China.
Beliau dan delegasinya yang menaiki pesawat Tentera Udara AS kemudian mendarat di Lapangan Terbang Songshan, Taipei selepas melawat Malaysia serta Singapura tanpa ada sebarang gangguan dan campur tangan daripada tentera China.