Nelayan asing semakin berani!
Iklan
Maritim Malaysia merampas pelbagai hasil laut yang dicuri nelayan asing di perairan Malaysia.
Guna nombor pendaftaran sah bot tempatan bagi mengaburi kegiatan haram mereka mencuri hasil laut di perairan negara
PUTRAJAYA - Nelayan asing kini semakin berani apabila mereka menggunakan taktik ala gerila untuk berhadapan dengan pihak berkuasa.
Mendedahkan perkara itu, Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata, pihaknya pernah menumpaskan satu sindiket yang mempunyai kelengkapan alatan komunikasi di darat dengan menyewa sebuah rumah di kawasan kampung terpencil terletak di Pahang.