Yakin semua ADUN setuju
Iklan
RUU berkaitan larangan ahli Parlimen bertukar parti diluluskan di Dewan Rakyat pada Khamis lalu, bakal dijadikan rujukan agar tidak berlaku percanggahan bagi melaksanakan Enakmen Anti Lompat Parti.
SHAH ALAM - Pembentangan Enakmen Anti Lompat Parti dijangka mendapat sokongan penuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di setiap negeri apabila dibentangkan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang.
Pembentangan enakmen tersebut dijangka menjadikan RUU Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 berkaitan larangan ahli Parlimen bertukar parti yang diluluskan di Dewan Rakyat pada Khamis lalu, sebagai rujukan agar tidak berlaku sebarang percanggahan.