Ops Daoyai Musnah sukar dilupakan
Iklan
Nonasi dan isteri bergambar bersama ahli Persatuan Veteran ATM Johor yang datang menziarah beliau di rumahnya di Kluang, Johor, baru-baru ini.
PERISTIWA terpijak jerangkap samar ketika memburu pengganas komunis di Perak, 47 tahun lalu mengakibatkan kecacatan kekal pada tumit kaki Koperal Md Nonasi Selamat, 69, dan kejadian itu tidak pernah luput dalam ingatan pesara tentera itu.
Mengimbas kembali kejadian yang berlaku pada Mei 1975, Md Nonasi berkata, dia bersama enam rakan dari platun Risik Gempur (UCIS) terlibat dalam operasi menjejaki pengganas komunis.