Pengundi bukan punca demokrasi gagal
Iklan
Manimaran (dua dari kiri) dalam wacana Sinar Siri ke-358 bertajuk Pengundi Punca Demokrasi Gagal pada Jumaat.
SHAH ALAM - Penganalisis Pilihanraya, Dr G Manimaran tidak melihat faktor pengundi yang tidak keluar mengundi sebagai punca penyuburan demokrasi gagal di negara ini.
Menurutnya, pengertian demokrasi itu sangat luas dan mengambil bahagian dalam pilihan raya itu cuma satu komponen dalam pengertian tersebut.