Mencari Mat Kilau Tasik Chini
Iklan
Tasik semula jadi kedua terbesar di Malaysia selepas Tasik Bera ini dahulu sinonim dengan bunga teratai memenuhi permukaannya.
NAMA Tasik Chini yang terkenal dengan mitos kewujudan naga kembali disebut-sebut selepas ia mungkin kehilangan status rizab biosfera Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).
Menurut Unesco, tasik itu tidak lagi memenuhi kriteria untuk menjadi sebahagian daripada Rangkaian Rizab Biosfera Dunia (WNBR) mereka akibat"penukaran tanah yang intensif” selain mengesan pembukaan semula lombong lama di kawasan sekitarnya.