Kontraktor lembik projek terabai
Iklan
Perbuatan memilih kontraktor yang tidak layak akan memberi kesan kepada kos pembinaan dan mungkin projek tersebut akan terus terbengkalai. (Gambar hiasan)
LIMA tahun lalu, penulis dan beberapa teman dalam dunia kejuruteraan permotoran cuba menganjurkan sebuah siri televisyen dinamakan ‘Master Auto’. Program ini bertujuan menguji kepintaran peserta dalam menyudahkan tugasan yang diberikan kepada mereka.
Antaranya menyiapkan tugasan tepat pada masanya dan mengikut kesesuaian bajet. Malangnya program ini tidak dapat dilaksanakan atas sebab tertentu.