Membangun usahawan bumiputera
Iklan
Penglibatan usahawan bumiputera dalam industri perkayuan dijangka terus berkembang.
PERIBAHASA ada menyebut 'Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan' yang bermaksud kalau ada cita-cita, tentu ada ikhtiar untuk menjayakannya.
Saya terpanggil untuk berkongsi pandangan berkaitan isu penyertaan golongan bumiputera dalam industri perkayuan dan perabot di peringkat global yang dilihat amat rendah.