Dron Turkiye jadi rebutan Rusia
Iklan
Drone Bayraktar TB2 digunakan oleh Ukraine bagi menentang tentera Rusia. - Foto AFP
TURKIYE pernah bergantung kepada dron buatan Israel pada awal tahun 2000an ketika ia menentang para pemberontak Kurdis yang berjuang untuk mendapatkan autonomi dan kemerdekaan di bahagian Turki, Iraq dan Syria.
Apabila negara itu merancang mereka bentuk, membangun dan menghasilkan dron buatannya yang pertama iaitu Anka namun ia mempunyai enjin buatan asing, gear pendaratan asing dan komputer data penerbangan asing.