Rekrut orang tempatan jadi pengedar
Iklan
Walaupun sindiket bergerak secara rahsia, namun kebanyakan kegiatan mereka berjaya dipatahkan Polis Diraja Malaysia menerusi Pasukan Gerakan Am.
Sindiket dadah Asia Tenggara sentiasa bergerak, tawar upah lumayan kepada mereka yang berani
SHAH ALAM - Sindiket dadah terancang Asia Tenggara yang berpusat di kawasan segi tiga emas menggunakan pelbagai kaedah bagi melahirkan lebih ramai pengedar dalam kalangan penduduk tempatan.
Kawasan segi tiga emas berkenaan melibatkan tiga negara iaitu Laos, Burma dan Thailand.