Satu untuk kau, satu untuk aku
Iklan
Saksi UKSB pada Jun lalu turut membuatkan ramai ahli politik Malaysia tidak senang duduk apabila mendedahkan lebih banyak nama dalam buku lejar UKSB.
APABILA bercakap pasal dakwaan mengenai ‘pengagihan’ syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) pada orang-orang politik, teringatlah Awang akan adegan dalam sebuah filem P Ramlee. Dalam filem itu duit diagih-agihkan, ‘satu untuk kau, satu untuk aku’.
Begitulah dakwaannya duit diagih-agihkan pada pemimpin politik oleh syarikat berkenaan.