Percepat bentang Akta Pembiayaan Dana Politik
Iklan
Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia mendesak kerajaan mempercepat usaha membentang Akta Pembiayaan Dana Politik bagi dilaksanakan sebelum PRU15. (Gambar kecil: Ahmad Fadhli)
SHAH ALAM - Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) mendesak kerajaan mempercepat usaha membentang Akta Pembiayaan Dana Politik bagi dilaksanakan sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pengerusinya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, pihaknya sangat berharap kerajaan dapat memberi garis panduan secara hitam putih supaya pendanaan politik tidak lagi menjadi isu pada masa hadapan.