‘Kami akan terus bersuara’
Iklan
Himpunan #Turun yang diadakan di hadapan sebuah pusat membeli belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman menuntut supaya harga barangan keperluan diturunkan.
SHAH ALAM - Penganjur Himpunan #Turun, Gabungan Gerakan Mahasiswa akan terus bersuara sekiranya protes yang dibuat pada himpunan itu tidak mendapat respons kerajaan.
Wakil Gabungan Gerakan Mahasiswa, Zaim Mustaqim Marzuki berkata, bagaimanapun mereka mungkin akan bersuara menerusi cara berbeza dan tidak lagi menganjurkan protes secara terbuka sebegitu.