RM1,500-RM2,000 sebulan untuk dapat makanan berkhasiat
Iklan
Program pemberian makanan percuma yang tersedia secara universal di sekolah perlu dilaksanakan bagi menangani isu ketidakjaminan akses makanan berkhasiat di dalam negara - Foto 123RF
SHAH ALAM - Anggaran perbelanjaan bagi setiap isi rumah di Malaysia untuk menyediakan makanan bernutrisi seimbang kepada seluruh ahli keluarga pada masa ini ialah RM1,500 hingga RM2,000 sebulan.
Jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak lebih 25 peratus berbanding perbelanjaan makanan sihat yang ditetapkan dalam kiraan pendapatan garis kemiskinan (PGK) pada tahun 2019 iaitu sebanyak RM1,169.