Bantut, beri kesan jangka panjang pada negara
Iklan
Peningkatan harga barang basah menyebabkan ibu bapa terpaksa berkira-kira dalam menyediakan makanan seimbang untuk anak-anak. (Gambar kecil: Dr Norhasmah)
SHAH ALAM - Negara bakal berhadapan beban berganda akibat masalah bantut serta berat badan berlebihan dalam kalangan masyarakat akibat amalan pemakanan tidak berkhasiat atau tidak mencukupi.
Ketua Jabatan Pemakanan dan Dietetik di Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr Norhasmah Sulaiman berkata, isu tersebut perlu diselesaikan secara bersama oleh semua pihak kerana ia memberikan implikasi jangka panjang terhadap negara.