Kedaulatan negara bukan alat politik
Iklan
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun sebelum ini jelaskan keputusan beliau untuk tidak benarkan isu tuntutan waris kesultanan Sulu dibahaskan kerana ia boleh dedahkan strategi pasukan perundangan kerajaan kepada pihak musuh.
KEPUTUSAN Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Harun menolak usul tergempar Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majilis mengenai tuntutan waris kesultanan Sulu mudah difahami.
Dewan Rakyat tidak boleh menjadi satu sidang yang subjudis kerana Malaysia telah pun memfailkan rayuan di Mahkamah Perancis atas final award sebanyak AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion).