Bantut sebab tak mampu dapat makanan berkhasiat
Iklan
Perubahan diet berpotensi memburukkan gaya pemakanan lalu memberi kesan buruk terhadap kesihatan rakyat. (Gambar kecil: Jarud)
SHAH ALAM - Kenaikan harga makanan pada masa kini menyebabkan rakyat Malaysia semakin sukar untuk mendapatkan pemakanan sihat dan seimbang.
Penyelidik di Institut Penyelidikan Khazanah (KRI), Jarud Romadan Khalidi berkata, harga makanan yang meningkat memburukkan lagi tahap keupayaan masyarakat dari segi pendapatan untuk memperoleh nutrien makanan diperlukan.