Bukan masa sesuai rakyat beli rumah
Iklan
Wawancara eksklusif bersama Naib Canselor Universiti Geomatika Malaysia, Prof Dr Ismail Omar di Setiawangsa pada Rabu. - FOTO SINAR HARIAN/ MOHD HALIM ABDUL WAHID
[WAWANCARA] Isu pemilikan rumah bukanlah perkara baharu di negara ini dengan masalah harga yang terlalu tinggi menyukarkan rakyat untuk membeli kediaman idaman.
Ditambah pula dalam keadaan mencabar ekoran peningkatan kos sara hidup selain Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang telah naik dengan mendadak, pakar menyifatkan bukan waktu sesuai untuk membeli rumah pada ketika ini.