Tauke ikan hiasan enggan buka mulut, beri kerjasama
Iklan
Aligator gar adalah spesies ikan larangan yang mengancam ikan asal sekiranya dilepas ke perairan negara.
IPOH – Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) mengesan terdapat pemilik premis ikan hiasan di sini yang enggan memberi kerjasama dalam menyalurkan maklumat berkenaan punca kemasukan pelbagai spesies ikan larangan ke dalam negara.
Bagaimanapun, tindakan tegas DOF menerusi operasi khas sepanjang dua hari bermula Selasa lalu di sekitar daerah ini berjaya merampas 96 ekor spesies ikan pemangsa dan pendatang bernilai RM5,095.