Ahli Parlimen perlu tahu adab berhujah
Iklan
Keadaan tegang melibatkan Tajuddin dengan ahli-ahli pembangkang dalam Mesyuarat Pertama Penggal Kelima, Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen pada Rabu.
Tindakan wakil rakyat keluar perkataan kesat ketika berbahas di Parlimen tidak seharusnya berlaku
SHAH ALAM - Tindakan sesetengah wakil rakyat mengeluarkan perkataan kesat dan lucah ketika berbahas di Parlimen merupakan perkara serius yang tidak sepatutnya berlaku, kata Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar.
Beliau berkata, sikap itu tidak sewajarnya berlaku kerana ia hanya memburukkan lagi persepsi negatif orang awam terhadap institusi tersebut.