Pelaku syok sendiri ganggu mangsa
Iklan
Pakar mendedahkan terdapat tujuh faktor yang menyumbang kepada perlakuan jenayah gangguan seksual di negara ini. -Foto 123rf
Kemudahan aplikasi media sosial turut menjadi penyumbang kes jenayah
SHAH ALAM - Pakar mendedahkan terdapat tujuh faktor yang menyumbang kepada perlakuan jenayah gangguan seksual di negara ini.
Antaranya adalah masalah kesihatan mental, gangguan personaliti, pengalaman lepas, persekitaran, kecenderungan rangsangan, tiada kawalan kepada kewujudan aplikasi media sosial serta pendedahan aktiviti mempromosikan diri melalui platform tersebut.