Generasi kini perlu dididik untuk berbudi pada tanah: Dr Mahathir
Iklan
Tun Dr Mahathir Mohamad ketika program Di Sebalik Isu Bersama Finaz Yunus: Mengapa Melayu Jual Tanah yang disiarkan secara langsung di semua platform Sinar Harian, pada Jumaat.
SHAH ALAM – Sistem pendidikan perlu ditambah baik bagi memastikan generasi akan datang mempunyai ilmu sara hidup.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, banyak perkara yang tidak betul dalam sistem pendidikan negara.