Satu demi satu kawan terkorban
Iklan
Akmal bersama kumpulan penunggang motosikal yang diubah suai. - Foto peribadi Akmal
Bekas mat rempit insaf, cerita pengalaman ngeri terlibat lumba haram
BIARPUN pelbagai usaha dilakukan pihak berkuasa bagi memberi kesedaran tentang bahaya lumba haram, namun isu mat rempit di negara ini bagaikan tiada kesudahan sejak sekian lama.
Begitu juga dengan kemalangan yang menimpa mat rempit sehingga menyebabkan kecacatan kekal dan lebih tragis sehingga kehilangan nyawa, namun ia juga tidak menjadi iktibar buat mereka yang kononnya 'pencinta kelajuan'.