Rempit acara tradisi turun-temurun
Iklan
Walaupun model motor bertukar mengikut peredaran zaman - daripada bunyi bising enjin dua lejang kepada bunyi enjin empat lejang, impak mat rempit dan lumba haram tetap sama. (Gambar hiasan)
SAYA seboleh-bolehnya mengelak untuk memandu kereta pada lewat malam kerana berdasarkan pengalaman, pada waktu itu saya berhadapan dengan beberapa kejadian yang boleh membahayakan diri.
Pernah juga ketika pulang kerja, sewaktu memandu saya nyaris bertembung dengan sebuah kereta yang dipandu melawan arus.