‘Hina agama bukan kebebasan bersuara’ - Yusuf
Iklan
Yusuf ketika dalam program Sinar Live bertajuk ‘Hina Agama Makin Berani Ya’ yang dikendalikan oleh Hazwan Mokhtar disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Khamis.
SHAH ALAM - Tindakan sesetengah individu yang menghina agama tidak boleh disifatkan sebagai salah satu bentuk hak kebebasan bersuara dalam negara ini.
Pengerusi Persatuan Pengguna Semboyan 1 Malaysia (Semboyan Malaysia), Yusuf Azmi berkata, perbuatan bersuara sepatutnya dilakukan atas fakta dan persoalan, bukan berdasarkan tuduhan, tohmahan atau fitnah.