Kereta doktor terhumban dalam sungai
Iklan
Kereta yang dinaiki mangsa terperangkap dalam sungai dengan kedalaman 0.3 meter.
SEGAMAT - [DIKEMASKINI] Seorang doktor berdepan detik cemas apabila kenderaan dipandunya terbabas sebelum terhumban dalam sungai di Jalan Felda Redong di sini pagi tadi.
Difahamkan, sebelum kejadian, wanita berusia 25 tahun itu dalam perjalanan pulang ke rumah selepas tamat tempoh bertugas di Hospital Segamat.
Iklan
Iklan
Komander operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Labis, Pegawai Bomba Kanan II, Sharfini Nasar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.22 tengah hari.
"Kejadian membabitkan kemalangan sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu seorang wanita ketika menyusuri jalan berkenaan sebelum terbabas dan memasuki kawasan sungai berhampiran.
Iklan
"Kereta dinaiki mangsa itu kemudiannya terperangkap dalam sungai dengan kedalaman 0.3 meter sebelum diselamatkan anggota kecemasan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sharfini berkata, mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan dihantar ke Hospital Segamat dengan menggunakan kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).
Iklan
"Mangsa dibawa ke hospital dengan ditemani ibunya sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 1.33 petang,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco"><meta itemprop="description" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ExcoJohor #OnnHafiz"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-22T09:01:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P134S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xar75li"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xar75li"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xar75li"></script>