Kapal berlabuh tanpa kebenaran ditahan
Iklan
APMM Johor menahan sebuah kapal tangki di kedudukan lebih kurang 4 6 batu nautika timur Tanjung Penyusop, Kota Tinggi.
KOTA TINGGI - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Johor menahan sebuah kapal tangki berdaftar di Vietnam kerana berlabuh tanpa kebenaran kira-kira 4.6 batu nautika timur Tanjung Penyusop di sini kira-kira jam 9 pagi hari ini.
Pengarahnya, Laksamana Pertama Maritim Aminuddin Abdul Rashid berkata, kapal MT Viet Tin 01 itu dikesan bersauh di kawasan laluan utama kapal dagang yang mengundang bahaya kepada kapal-kapal lain yang melalui kawasan tersebut.
Iklan
Iklan
"Jurutera kapal tersebut, seorang lelaki warga Vietnam berumur 61 tahun menyatakan bahawa kapal telah hanyut dari posisi asal kapal bersauh di mana sebelum itu kesemua kru termasuk nakhoda telah pulang ke negara masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Aminuddin berkata, berikutan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan selain faktor keselamatan, khidmat Pasukan Tindakan Khas (PTK) telah digunakan bagi melakukan pemeriksaan.
Iklan
"Terdahulu, Zon Maritim Tanjung Sedili (ZMTS) yang ditugaskan ke lokasi telah cuba menghubungi kapal tangki tersebut melalui panggilan radio dan pembesar suara, namun tiada maklum balas diterima sementara kapal tersebut disyaki telah ditinggalkan,” katanya.
Beliau berkata, semakan turut dilakukan dengan pihak Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) dan Jabatan Laut Malaysia di mana didapati tiada rekod mengenai kapal tangki berkenaan serta pemilik kapal dikesan.
Iklan
"Bagi memastikan keselamatan kapal-kapal lain yang melalui kawasan tersebut, difahamkan pihak Jabatan Laut telah mengeluarkan maklumat keselamatan pelayaran secara berterusan kepada kapal-kapal yang melalui kawasan itu," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bapa, anak hidupkan seni tradisi Jawa"><meta itemprop="description" content="Hampir dua dekad mengabdikan diri memartabatkan seni budaya masyarakat Jawa, pengasas Kumpulan Tunas Warisan, Amar Abu, 65, kini mampu menarik nafas lega apabila perjuangannya mempertahankan warisan itu disambung oleh anak bongsunya, Mohd Nizal Amar, 21.
Bapa dan anak itu antara individu yang terus menghidupkan pelbagai seni tradisional termasuk gasing pangkah Johor, gamelan, tarian reog dan wayang kulit Jawa di Kampung Permatang Duku, Benut sekali gus memastikan khazanah budaya itu terus diwarisi generasi akan datang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792189/edisi/johor/bapa-anak-hidupkan-seni-tradisi-jawa
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KumpulanTunasWarisan
#Jawa #gamelan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-16T04:30:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/dTIv-1gWJu0RnLPaA/x1080"><meta itemprop="duration" content="P101S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=k3zczdkISjA295INE6O"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xay4rjy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="k3zczdkISjA295INE6O"></script>