20 kucing menanti 'keluarga baharu'

Iklan
MBSA menawarkan 20 ekor kucing kepada peminat haiwan berkenaan yang mahu menjadikannya sebagai kucing angkat.

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menawarkan 20 ekor kucing kepada peminat haiwan berkenaan yang mahu menjadikannya sebagai kucing angkat.

Peminat kucing yang berminat boleh mengambil 'kucing angkat' berkenaan pada program Hari Tanpa Kenderaan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam hari ini bermula jam 8.30 pagi hingga 11 pagi.