Kenapa saya suka ke pawagam
Iklan
Peraturan menonton di pawagam kini sudah seperti sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). - Gambar hiasan
DUA minggu lepas, ketika saya mencatat filem Mat Kilau telah mengheret mereka yang sudah lama tidak ke pawagam untuk masuk panggung, sayalah antara mereka itu.
Kerana Covid-19, saya terpaksa mengetepikan kesukaan saya menonton di pawagam. Dan kerana Mat Kilau, saya kembali ke panggung.